air suling vs air mineral

Pemerhatian & pemahaman aku yang sendeng tentang hidup, kehidupan dan air.
     

Links to Other Places

Link One
Link Two
Link Three
 
Reaksi pertama aku bila baca tajuk supermarket tabloid di Amerika Syarikat ini ialah ketawa terbahak-bahak sampai jatuh kerusi!

Weekly World News (WWS) adalah salah satu akhbar supermarket tabloid yang terkenal di Amerika Syarikat. Pada edisi mereka bertarikh Februari 13, 2006, akhbar ini telah mengeluarkan tajuk yang begitu menggeletek aku sehingga terpanar untuk aku berkongsi cerita ini dengan korang. Cerita sepenuhnya boleh dibaca di sini.

Kalau betullah perkara ini berlaku, wahlauuuuu...

posted by Jenderal Jendul at 9:09 AM

1 comments



Friday, February 10, 2006

TEMAN TAPI MESRA

Pernah dengar tak lagu duo Indonesia Ratu yang sekarang ni asyik berkumandang di celah-celah bedah corong radio? Alah, yang tajuk dia ‘Teman tapi Mesra’ tu?

Best, kan? Bila di dengar betul² lirik lagu tu, barulah aku sedar bahawa Mulan dan Mia (dua gadis (?) yang melengkapkan kumpulan duo ini) bukanlah bimbo sebagaimana yang cuba dipertonjolkan kepada publik; walau pun dari segi pakaian, imej, menggeletisnya gediknya menggambarkan santai dan blonde (gadis² yang cantik tapi goblok kurang dari segi kepandaian ilmiah).

Mia sebenarnya adalah isteri kepada Saudara Ahmad Dhani, ketua kumpulan muzik yang paling berimaginatif di nusantara iaitu Dewa. Aku pasti dengan kegeniusan (ada ke perkataan tu?) Dhani di dalam bidang muzik, kepakarannya dan pengalamannya yang luas di dalam industri ini akan rub-off sedikit sebanyak kepada isterinya. Ialah kan, mereka bukan setakat sleeping partner suami isteri dan sebagainya, mereka juga adalah proud parents kepada 3 orang putera. So pastinya Dhani ada bagi tips yang baik punya kepada isteri kesayangannya itu.

Walau pun ramai kenkawan aku cakap, lagu tu lucahlah, mengada-ngadalah (ada ke lagu mengada-ngada, bukan ke manusia yang mengada-ngada?), ada yang menci lah dengan lagu tu, tapi aku lain plak. Aku rasa macam santai dengar lagu tu. Cumanya ada satu masa tu time aku dengar lagu tu dalam keta on the way nak balik umah, aku terasa macam diri aku ni protagonist dalam lagu tu. You know, sorang gadis genit yang ada best fren sejak kecik, yang sama main masak², yang mengalami dan berkongsi keperitan period pertama bersama, yang sama² fail SPM (blonde effect tadi tu) tapi disebabkan parents kami orang berada kami masuk private college belajar pasal social etiquette, or grooming, or fashion design or wuteva, kemudiannya aku (yang sebenarnya yang paling cantik dan feminine antara kita berdua) ditackle oleh sorang balak ensem anak sorang Menteri dan kemudiannya kami jadi bf/gf, tapi best fren aku yang lebih kepada xtreme sports ni dan wajahnya ada iras² Jamal Abdillah tetiba jer meluahkan perasaan dia memaklumkan bahawa dia sebenarnya minat dengan aku blah blah blah… Namun memandangkan aku taknak lepaskan bf aku yang ensem ni dan pada masa yang sama tak mo kehilangan kawan baik aku ni, maka aku pun cipta lagu ‘Teman tapi mesra’ ni…

Dan masa tu jugak aku terjaga dari lamunan aku bila keta belakang hon aku suruh aku jalan…


posted by Jenderal Jendul at 8:53 AM

0 comments



Wednesday, September 28, 2005

PADAN MUKA PEROMPAK ITU

Kelakar.

Pagi tadi masa aku bukak akhbar The Star pada mukasurat 3, aku terpana untuk membaca kisah tentang seorang maknyah di Ipoh yang telah memberikan tentangan hebat kepada 4 orang peragut yang telah cuba meragut beg tangannya. Cerita selanjutnya adalah seperti berikut:

Transvestite fights off snatch thieves like a real man

IPOH: Four snatch thieves picked the wrong victim when they tried to grab the handbag of a transvestite, who yelled so loudly that nearby policemen heard the scream and eventually nabbed three of them.

“The victim put up a fierce fight and shouted for help. This drew the attention of two policemen on crime prevention rounds in the area,” said Ipoh OCPD Asst Comm Che Sab Hanafiah.

The policemen then sought help from the nearby Pekan Baru police station and the police headquarters.

“Nine policemen in three cars chased the perpetrators to D.R. Seenivasagam Park, about 4km from the scene of the incident, where three of the suspects were arrested,” he said, adding that the fourth man escaped on foot.

During the chase, police fired two warning shots into the air, he said.

ACP Che Sab said the four men were in a Proton Aeroback when they tried to snatch the bag of the 23-year-old transvestite in Jalan Hussein on Monday evening.

The three suspects have been remanded for investigations.

Kepada maknyah tersebut, apa yang aku boleh habaq ialah: You go, gurlfren *sounds of snapping fingers*



posted by Jenderal Jendul at 9:15 AM

5 comments



Monday, September 26, 2005

AHHH CUN NYA....

Aku sememangnya ada compulsion. As with everyone else, I’m sure.

Aku memang minat dengan bangunan² lama. Kekadang tu kalau aku pegi ke Pulau Pinang, aku leh berjalan sehari suntuk menghayati dan menikmati keindahan seni bina bangunan-bangunan lamadi sana. Kalau travel sorang² atau dengan kawan² yang sporting di Semenanjung Malaysia, lalu je kat pekan² kecil yang mempunyai bangunan² lama maka for sure aku akan berhenti dan bertanya tentang sejarah bangunan tersebut.

Gila kan?

Hari Jumaat lepas aku lalu kat Jalan Tuanku Abdul Rahman selepas melawat pameran Food & Hotel Malaysia di KLCC. Saja je lalu sana masa jalan tengah jem kaw². Ternampak satu rumah kampung Melayu ni yang terletak di tengah² bangunan moden. Nak je aku turun dan ketuk gate rumah tu dan bertanyakan tentang sejarah rumah tu. Walau apa² pun, aku tetap salute kat owner dia. Dalam kepesatan KL membangun dan gah dengan bangunan² baru bak cendawan tumbuh selepas hujan, masih jugak rumah lama tu berdiri sama tinggi dan duduk sama megah dengan lain² bangunan di kawasan itu. Bak kata pepatah Melayu : Tak lekang dek panas, tak luntur dek hujan.

Cayalah…

posted by Jenderal Jendul at 10:56 AM

3 comments



Tuesday, September 20, 2005

PERCAKAPAN DOUBLE MEANING

Semenjak berkecimpung di dalam dunia PLU ini, aku dapat merumuskan beberapa perkara di dalam perbincangan yang 'tersirat disebalik tersurat' di antara seorang PLU dengan PLU yang lain, especially bila berjumpa selepas chatting di IRC atau YM! So Cik Gayah luar sana, sila faham ye bila ada orang yang borak dengan korang dalam bentuk speedo:

Laparlah = Aku memang lapar ni.
Ngantuklah = Aku memang mengantuk gila ni. Tapi sebelum kita projek seround, ndak?
Nak tengok wayang tak? = Selepas ni bolehlah kita projek.
I belanja u makan malam? = Lepas makan, bolehlah kita projek. Dah banyak abis duit speedo ko ni.
Boleh I call u nanti? = Selepas tu bolehlah kita projek.
(Di BB/Musictheque) Boleh I menari dengan u? = Selepas ini bolehlah kita projek.
Cantik seluar = Wow, besarnya bonjol!
Awak macam tensen je, biar saya urut = Aku nak raba ko!
Kenapa ni? = Nampak gaya tak jadilah projek malam ni.
Bosanlah = Nak projek tak?
Saya sayang awak = Jom projek sekarang. Gersang ni.
Saya pun sayang awak jugak = Jomlah, projek sekarang. Aku pun gersang.
Jomlah, kita bincang = Nak menunjuklah bahawa aku ni seorang intelektual dan mungkin lepas kita projek, occay?
Sudikah awak jadi bf saya? = Lepas ni jangan gatal² nak ciktut dengan jejantz lain, occay?

posted by Jenderal Jendul at 11:10 AM

1 comments



Friday, September 16, 2005

PATRIOTISME SEMPENA MENYAMBUT HARI MALAYSIA


Selamat menyambut hari ulangtahun Malaysia yang ke 43.

Ramai yang tak tahu bahawa pada hari ini pada tahun 1963, Persekutuan Malaya, yang terdiri daripada negeri-negeri Tanah Melayu di Semenanjung telah bergabung dengan Singapura, Borneo Utara (kemudiannya dinamakan semula sebagai Sabah) dan Sarawak untuk menjadi sebuah negara yang dinamakan Malaysia. Brunei pada awalnya juga telah menyatakan hasrat untuk menyertai gagasan ini tetapi disebabkan majoriti penduduknya membantah, terpaksa menarik diri. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara yang telah berlaku, misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan Sabah oleh Filipina. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan berlaku juga rusuhan kaum pada 1969.

Teringat pulak aku kepada satu insiden beberapa hari sebelum Hari Kemerdekaan yang ke 48 baru-baru ni. Aku tahan teksi dari shopping complex baru mercu tanda kemajuan Shah Alam khasnya dan Selangor amnya (yucks) yang berakronim SACC (lebih kurang macam KLCC lah). Terkejut babun aku tengok teksi tu hampir dipenuhi dengan bendera Malaysia, luar dan dalam. Pakcik driver tu pun pakai baretta (topi) lambang jalur gemilang. Dalam perjalanan lebih kurang 18 minit dari pusat bandar Shah Alam ke Subang Jaya, pakcik tu tak habis-habis kutuk kenderaan yang tak tampal atau mengibarkan jalur gemilang sempena bulan merdeka ini. Tak patriotik, katanya. Keluar pulak cerita masa pengisytiharan Merdeka di Melaka pada tahun 1957 oleh Allahyarham Tunku, pakcik tu masih kecil lagi pun turut sama di Banda Hilir. Orang Melaka rupanya. Patutlah cakap berseloroh aje. Terasa jugak aku sebab aku pun tak tampal bendera kat kereta aku yang cantik berkilat aku parking kat depan rumah. Dalam 18 minit pejalanan tu, empat batang rokok telah dinyalakan dan setiap kali nak abis rokok, puntung rokok yang habis tu dicampakkan ke luar tingkap. Mungkin jugak disebabkan oleh selsema pada masa itu, pakcik itu jugak tak sudah² mengembus hingus dia ke atas kertas tisu dan mencampakkannya ke luar tingkap. Aku diam saja membisu dan sekali sekala mengiyakan kata² pakcik tu walau pun di dalam hati kecil ini, membuak² perasaan nak menghambur perbuatan pakcik tu yang membuang sampah merata² jalan. Takde civic consciousness langsung.

Berdegar² cakap pasal semangat patriotisme tapi kesedaran sivik amat rendah sekali. Inikah namanya merdeka? Ek eleh. Bagi akulahkan, patriotisme bukan sekadar mengibarkan bendera di kenderaan atau di rumah dan pejabat, tetapi jalur gemilang harus juga dikibarkan di dalam hati dan sanubari setiap rakyat yang mengaku diri mereka Malaysian. Patritotisme harus diselangkan dengan kesedaran sivik yang tinggi, menjaga tatasusila, tingkah laku, pendekatan dan pengetahuan yang setanding dengan pesaing² dari negara-negara lain. Setiap orang mempunyai semangat patriotisme yang berbeza antara satu sama lain. Tak semestinya tak mengibarkan bendera, aku tak patriotik. Hanya orang yang berpikiran dangkal je connote patriotisme = kibarkan jalur gemilang.

Tak koser aku layan orang² cengini. Lebih baik aku minum air mineral banyak². Kepada sahabat-sahabat di Sabah dan Sarawak, I love you very strong. Let's make love more, and cast away hatred & racism. Muah muah muahhhh...

posted by Jenderal Jendul at 10:33 AM

0 comments



Wednesday, September 14, 2005

CITARASA vs TASTE


Aku suka minum air kosong.

Bukannya untuk kesihatan apa. Dari kecik lagi aku suka minum air kosong. Tak kiralah samada air kosong yang telah disejukkan atau air masak. Bila dah bekerja dan berduit sikit ni, aku suka minum air mineral pulak. Ala, pegi je kat kedai atau petrol kiosk. Sudah tentu berlambak-lambak.

Pepagi pun aku dah teguk air kosong ni. Kalo bekfes dengan kenkawan, dorang dah tau dah perangai aku order air suam atau ais kosong je. Ada yang pepagi suka minum minuman bergula, berperisa, bergas, berwarna dsb. Aku suka air kosong je. Dan aku taklah pulak berlagak depan kawan² menunjuk² aku minum air kosong. Tak ler aku habaq kat depa “Woiii. Kalo hangpa nak sihat (macam aku), pepagi jangan minum air bergula. Minumlah air kosong ja.” Dak lah aku takabur sampai ke peringkat dewa cengitu. Kesihatan seseorang bergantung kepada banyak faktor, kan? Bukan setakat peminuman air je. Faktor² lain harus diambilkira. Pemakanan, genetik, lifestyle, persekitaran dan sebagainya. Aku tau pasal ni sebab aku pegi sekolah (walau pun taklah tinggi mana tingkat bangunan sekolah aku tu).

Jadi conclusion aku ialah keperluan dan perangai manusia adalah berbeza². Tak semua orang minta air kosong semasa bekfes, lunch atau dinner. Tak semua orang suka air bergula, bergas dsbnya. Tak semua orang suka makan burger, ayam goreng, kentang lecek, spageti, cheesecake, tiramisu dsb. Tak semua orang suka makan nasi dengan gulai rebung, ikan keli berlada, ulam pegaga, telur asin dsb. Sedap, atau baik bagi aku tak semestinya sedap dan baik bagi korang. Dak gitu? Kan semua ni sesuatu yang subjektif dan objektif?

Sama gak dengan taste/citarasa. Orang kata, kalo hadek² (tau ke maksud ni?) punya taste for sure tinggi. Kekadang kalo borak dengan rakan² PLU, maka keluarlah criter bahawa hadek² ni pantang je ada Karnival Membeli Belah. Maka berbondong²lah mereka akan mengerumuni Isetan, Ikea, Parkson, JayaJusco atau kawasan² sewaktu dengannya seperti kelkatu menghurungi cahaya. Kebanyakan hadek² suka barangan berjenama. Namun sebenarnya bagi aku jenama = kemampuan. Kebanyakan hadek² zaman millennium ni memang educated dan ada yang berpendapatan cecah 5 angka sebulan. Jadi tak heranlah kalo depa ni minat barangan branded. Bagi mamat sempoi cam aku ni, tak branded pun takpe. Asalkan kemas dan selesa. Dah citarasa aku camtu kan ?

Kalo aku minat mamat² pecah rumah, rempit, bola, ragbi dan sebagainya, tak semesti korang pun minat apa yang aku suka, kan ? Kita masing² ada taste dan citarasa memasing. Bukan hak aku untuk menidakkan taste korang. Dan sebaliknya. Itu namanya demokrasi. Teringat aku kepada kata² Abraham Lincoln, Presiden Amerika Syarikat yang ke 16 yang berbunyi kurang lebey cenggini : “Whatever you are, be a good one.”

Jadi, salahkah kalo aku minat air kosong?

**posting ini khas untuk Mr. Mack dengan ucapan: Suka ati wa lah nak minum apa ..!

posted by Jenderal Jendul at 10:27 AM

2 comments



 
About Me
Name:
Jenderal Jendul
Location:
Shah Alam, Selangor Darul Maju, Malaysia

View My Profile

Previous Posts
AL QAEDA PLANS TO DROP GAY BOMBS IN THE USA!!
TEMAN TAPI MESRA
PADAN MUKA PEROMPAK ITU
AHHH CUN NYA....
PERCAKAPAN DOUBLE MEANING
PATRIOTISME SEMPENA MENYAMBUT HARI MALAYSIA
CITARASA vs TASTE
KERAJAAN LANGIT
PEKAK vs MACHO

Archives
2005-09-11
2005-09-18
2005-09-25
2006-02-05
2006-02-12


Powered by Blogger
     
optional footer
blogger template designed by savatoons web design.