air suling vs air mineral

Pemerhatian & pemahaman aku yang sendeng tentang hidup, kehidupan dan air.
     

Links to Other Places

Link One
Link Two
Link Three
 
Wednesday, September 14, 2005

CITARASA vs TASTE


Aku suka minum air kosong.

Bukannya untuk kesihatan apa. Dari kecik lagi aku suka minum air kosong. Tak kiralah samada air kosong yang telah disejukkan atau air masak. Bila dah bekerja dan berduit sikit ni, aku suka minum air mineral pulak. Ala, pegi je kat kedai atau petrol kiosk. Sudah tentu berlambak-lambak.

Pepagi pun aku dah teguk air kosong ni. Kalo bekfes dengan kenkawan, dorang dah tau dah perangai aku order air suam atau ais kosong je. Ada yang pepagi suka minum minuman bergula, berperisa, bergas, berwarna dsb. Aku suka air kosong je. Dan aku taklah pulak berlagak depan kawan² menunjuk² aku minum air kosong. Tak ler aku habaq kat depa “Woiii. Kalo hangpa nak sihat (macam aku), pepagi jangan minum air bergula. Minumlah air kosong ja.” Dak lah aku takabur sampai ke peringkat dewa cengitu. Kesihatan seseorang bergantung kepada banyak faktor, kan? Bukan setakat peminuman air je. Faktor² lain harus diambilkira. Pemakanan, genetik, lifestyle, persekitaran dan sebagainya. Aku tau pasal ni sebab aku pegi sekolah (walau pun taklah tinggi mana tingkat bangunan sekolah aku tu).

Jadi conclusion aku ialah keperluan dan perangai manusia adalah berbeza². Tak semua orang minta air kosong semasa bekfes, lunch atau dinner. Tak semua orang suka air bergula, bergas dsbnya. Tak semua orang suka makan burger, ayam goreng, kentang lecek, spageti, cheesecake, tiramisu dsb. Tak semua orang suka makan nasi dengan gulai rebung, ikan keli berlada, ulam pegaga, telur asin dsb. Sedap, atau baik bagi aku tak semestinya sedap dan baik bagi korang. Dak gitu? Kan semua ni sesuatu yang subjektif dan objektif?

Sama gak dengan taste/citarasa. Orang kata, kalo hadek² (tau ke maksud ni?) punya taste for sure tinggi. Kekadang kalo borak dengan rakan² PLU, maka keluarlah criter bahawa hadek² ni pantang je ada Karnival Membeli Belah. Maka berbondong²lah mereka akan mengerumuni Isetan, Ikea, Parkson, JayaJusco atau kawasan² sewaktu dengannya seperti kelkatu menghurungi cahaya. Kebanyakan hadek² suka barangan berjenama. Namun sebenarnya bagi aku jenama = kemampuan. Kebanyakan hadek² zaman millennium ni memang educated dan ada yang berpendapatan cecah 5 angka sebulan. Jadi tak heranlah kalo depa ni minat barangan branded. Bagi mamat sempoi cam aku ni, tak branded pun takpe. Asalkan kemas dan selesa. Dah citarasa aku camtu kan ?

Kalo aku minat mamat² pecah rumah, rempit, bola, ragbi dan sebagainya, tak semesti korang pun minat apa yang aku suka, kan ? Kita masing² ada taste dan citarasa memasing. Bukan hak aku untuk menidakkan taste korang. Dan sebaliknya. Itu namanya demokrasi. Teringat aku kepada kata² Abraham Lincoln, Presiden Amerika Syarikat yang ke 16 yang berbunyi kurang lebey cenggini : “Whatever you are, be a good one.”

Jadi, salahkah kalo aku minat air kosong?

**posting ini khas untuk Mr. Mack dengan ucapan: Suka ati wa lah nak minum apa ..!

posted by Jenderal Jendul at 10:27 AM

2 Comments:
Blogger hushMONKEY said...

ako minat ngan baju bundle AND bebdk ruggers... ngehehe... kengkdg tu tak koser nak layan adek2 yang x sedar diri nak meriaskan diri ngan branded stuff... ngehehe...

2:59 PM GMT+8  
Blogger Jenderal Jendul said...

samalah kita, bro. muekekekekeke...

3:09 PM GMT+8  

Post a Comment

 
About Me
Name:
Jenderal Jendul
Location:
Shah Alam, Selangor Darul Maju, Malaysia

View My Profile

Previous Posts
KERAJAAN LANGIT
PEKAK vs MACHO

Archives
2005-09-11
2005-09-18
2005-09-25
2006-02-05
2006-02-12


Powered by Blogger
     
optional footer
blogger template designed by savatoons web design.