air suling vs air mineral

Pemerhatian & pemahaman aku yang sendeng tentang hidup, kehidupan dan air.
     

Links to Other Places

Link One
Link Two
Link Three
 
Tuesday, September 13, 2005

KERAJAAN LANGIT


Minggu lepas aku pergi Kuantan dengan boss aku. Ada official business sana. Kununnya.

Disebabkan appointment kat Wisma Persekutuan, Jalan Gambang adalah pada jam 10 pagi, seawal pukul 7 pagi kami dah berambus dari KL menuju ke destinasi. Ingatkan hanya aku dan boss & driver je yang pegi, rupa²nya dia bawak bini dia sekali. Punyalah bosan.

Kami singgah di Petronas Karak untuk bekfes. Nama kedai makan di Petronas tu pun 'Singgah', so memang sesuwaiii sekalilah, kan? Aku pagi² mmg tak boleh bekfes pedas², dan memandangkan bahawa di kedai tu semua makanan dia pedas² belaka, aku decide untuk minum je. Boss aku pun yang kuat melantak tu baham nasi lemak bagai, sementara wife dia yg ala-ala kerabat di Raja tu dengan sopan dan tawaduk makan soto. Punyalah haru bila boss aku bising pasal makanan tak cukup panas (baca: sejuk melentun) dan tawaq habiaq. Siap panggil manager kedai tu lagi. Berlakulah adengan menyerang/bertahan yang membosankan. Ala² EPL je. Aku dan driver blah dari kedai dan lepak kat Smoking Room (jangan main, korang ingat kat KLIA je ada smoking room?) sana. Dalam Hiway baru tu menuju ke Kuantan, boss aku siap suruh wife dia call satu kedai makan di Pekan, untuk prepare lunch kegemaran dia, iaitu ikan patin. Aku tengok jam kat tangan aku. Baru kul 8.30 pagi. Dah pikir pasal lunch, dah? Haiii... memacam orang yag kuat melantak ni.

-----------------------------------------------------------------------------------

Lepas lunch bagai (yang aku rasa tak sedap langsung, tapi terpaksa pulun gak sebab: (a) lapar (b) orang blanja), kami pun belah dari Pekan menuju ke Kuantan semula tapi ikut Paloh Hinai. Memang cantik pemandangan keliling Pekan dan Paloh Hinai ni. Cuma yang aku gerun tengok ialah lori-lori besar yang mengangkut kayu balak entah ke mana. Dahlah balak² tu diikat pakai rantai besi ntah macam haram jadah. Naik takut aku bila driver potong (overtake) lori-lori tu dengan keta mewah boss. Terkumat kamit mulut aku baca doa naik kenderaan memohon agar perjalanan kami pegi/balik dilindungiNya. Kat belakang, boss dan wife dia tengah ketawa² kecil bergurau senda macam sepasang kekasih muda rumaja. Nak muntah balik ikan patin masak asam pedas dan masak tempoyak yang aku baham tadi. Tak sesuwaiii sungguh.


Dalam perjalanan balik tu, aku snaplah gambar² pemandangan bumi Pahang yang sememangnya indah dan setanding dengan pemandangan muka bumi negara² Eropah gunakan camera handphone canggih aku. Korang tau apa boss aku habaq? "Ko ambik gambar² hutan dan gunung-ganang tu untuk apa? Tengah carik kerajaan langit ke? Tengah buru Ayah Pin ke?" Wife dia ketawa berdekah² macam Pontianak Lunyai Sundel Bolong kat sebelah dia.

Apa punya lawak buduhs tu?

posted by Jenderal Jendul at 9:00 AM

1 Comments:
Anonymous Anonymous said...

Hahaha. Kebanyakan boss camtuh agaknya ye?

6:04 PM GMT+8  

Post a Comment

 
About Me
Name:
Jenderal Jendul
Location:
Shah Alam, Selangor Darul Maju, Malaysia

View My Profile

Previous Posts
PEKAK vs MACHO

Archives
2005-09-11
2005-09-18
2005-09-25
2006-02-05
2006-02-12


Powered by Blogger
     
optional footer
blogger template designed by savatoons web design.