air suling vs air mineral

Pemerhatian & pemahaman aku yang sendeng tentang hidup, kehidupan dan air.
     

Links to Other Places

Link One
Link Two
Link Three
 
Friday, September 16, 2005

PATRIOTISME SEMPENA MENYAMBUT HARI MALAYSIA


Selamat menyambut hari ulangtahun Malaysia yang ke 43.

Ramai yang tak tahu bahawa pada hari ini pada tahun 1963, Persekutuan Malaya, yang terdiri daripada negeri-negeri Tanah Melayu di Semenanjung telah bergabung dengan Singapura, Borneo Utara (kemudiannya dinamakan semula sebagai Sabah) dan Sarawak untuk menjadi sebuah negara yang dinamakan Malaysia. Brunei pada awalnya juga telah menyatakan hasrat untuk menyertai gagasan ini tetapi disebabkan majoriti penduduknya membantah, terpaksa menarik diri. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara yang telah berlaku, misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan Sabah oleh Filipina. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan berlaku juga rusuhan kaum pada 1969.

Teringat pulak aku kepada satu insiden beberapa hari sebelum Hari Kemerdekaan yang ke 48 baru-baru ni. Aku tahan teksi dari shopping complex baru mercu tanda kemajuan Shah Alam khasnya dan Selangor amnya (yucks) yang berakronim SACC (lebih kurang macam KLCC lah). Terkejut babun aku tengok teksi tu hampir dipenuhi dengan bendera Malaysia, luar dan dalam. Pakcik driver tu pun pakai baretta (topi) lambang jalur gemilang. Dalam perjalanan lebih kurang 18 minit dari pusat bandar Shah Alam ke Subang Jaya, pakcik tu tak habis-habis kutuk kenderaan yang tak tampal atau mengibarkan jalur gemilang sempena bulan merdeka ini. Tak patriotik, katanya. Keluar pulak cerita masa pengisytiharan Merdeka di Melaka pada tahun 1957 oleh Allahyarham Tunku, pakcik tu masih kecil lagi pun turut sama di Banda Hilir. Orang Melaka rupanya. Patutlah cakap berseloroh aje. Terasa jugak aku sebab aku pun tak tampal bendera kat kereta aku yang cantik berkilat aku parking kat depan rumah. Dalam 18 minit pejalanan tu, empat batang rokok telah dinyalakan dan setiap kali nak abis rokok, puntung rokok yang habis tu dicampakkan ke luar tingkap. Mungkin jugak disebabkan oleh selsema pada masa itu, pakcik itu jugak tak sudah² mengembus hingus dia ke atas kertas tisu dan mencampakkannya ke luar tingkap. Aku diam saja membisu dan sekali sekala mengiyakan kata² pakcik tu walau pun di dalam hati kecil ini, membuak² perasaan nak menghambur perbuatan pakcik tu yang membuang sampah merata² jalan. Takde civic consciousness langsung.

Berdegar² cakap pasal semangat patriotisme tapi kesedaran sivik amat rendah sekali. Inikah namanya merdeka? Ek eleh. Bagi akulahkan, patriotisme bukan sekadar mengibarkan bendera di kenderaan atau di rumah dan pejabat, tetapi jalur gemilang harus juga dikibarkan di dalam hati dan sanubari setiap rakyat yang mengaku diri mereka Malaysian. Patritotisme harus diselangkan dengan kesedaran sivik yang tinggi, menjaga tatasusila, tingkah laku, pendekatan dan pengetahuan yang setanding dengan pesaing² dari negara-negara lain. Setiap orang mempunyai semangat patriotisme yang berbeza antara satu sama lain. Tak semestinya tak mengibarkan bendera, aku tak patriotik. Hanya orang yang berpikiran dangkal je connote patriotisme = kibarkan jalur gemilang.

Tak koser aku layan orang² cengini. Lebih baik aku minum air mineral banyak². Kepada sahabat-sahabat di Sabah dan Sarawak, I love you very strong. Let's make love more, and cast away hatred & racism. Muah muah muahhhh...

posted by Jenderal Jendul at 10:33 AM

0 Comments:


Post a Comment

 
About Me
Name:
Jenderal Jendul
Location:
Shah Alam, Selangor Darul Maju, Malaysia

View My Profile

Previous Posts
CITARASA vs TASTE
KERAJAAN LANGIT
PEKAK vs MACHO

Archives
2005-09-11
2005-09-18
2005-09-25
2006-02-05
2006-02-12


Powered by Blogger
     
optional footer
blogger template designed by savatoons web design.