air suling vs air mineral

Pemerhatian & pemahaman aku yang sendeng tentang hidup, kehidupan dan air.
     

Links to Other Places

Link One
Link Two
Link Three
 
Friday, February 10, 2006

TEMAN TAPI MESRA

Pernah dengar tak lagu duo Indonesia Ratu yang sekarang ni asyik berkumandang di celah-celah bedah corong radio? Alah, yang tajuk dia ‘Teman tapi Mesra’ tu?

Best, kan? Bila di dengar betul² lirik lagu tu, barulah aku sedar bahawa Mulan dan Mia (dua gadis (?) yang melengkapkan kumpulan duo ini) bukanlah bimbo sebagaimana yang cuba dipertonjolkan kepada publik; walau pun dari segi pakaian, imej, menggeletisnya gediknya menggambarkan santai dan blonde (gadis² yang cantik tapi goblok kurang dari segi kepandaian ilmiah).

Mia sebenarnya adalah isteri kepada Saudara Ahmad Dhani, ketua kumpulan muzik yang paling berimaginatif di nusantara iaitu Dewa. Aku pasti dengan kegeniusan (ada ke perkataan tu?) Dhani di dalam bidang muzik, kepakarannya dan pengalamannya yang luas di dalam industri ini akan rub-off sedikit sebanyak kepada isterinya. Ialah kan, mereka bukan setakat sleeping partner suami isteri dan sebagainya, mereka juga adalah proud parents kepada 3 orang putera. So pastinya Dhani ada bagi tips yang baik punya kepada isteri kesayangannya itu.

Walau pun ramai kenkawan aku cakap, lagu tu lucahlah, mengada-ngadalah (ada ke lagu mengada-ngada, bukan ke manusia yang mengada-ngada?), ada yang menci lah dengan lagu tu, tapi aku lain plak. Aku rasa macam santai dengar lagu tu. Cumanya ada satu masa tu time aku dengar lagu tu dalam keta on the way nak balik umah, aku terasa macam diri aku ni protagonist dalam lagu tu. You know, sorang gadis genit yang ada best fren sejak kecik, yang sama main masak², yang mengalami dan berkongsi keperitan period pertama bersama, yang sama² fail SPM (blonde effect tadi tu) tapi disebabkan parents kami orang berada kami masuk private college belajar pasal social etiquette, or grooming, or fashion design or wuteva, kemudiannya aku (yang sebenarnya yang paling cantik dan feminine antara kita berdua) ditackle oleh sorang balak ensem anak sorang Menteri dan kemudiannya kami jadi bf/gf, tapi best fren aku yang lebih kepada xtreme sports ni dan wajahnya ada iras² Jamal Abdillah tetiba jer meluahkan perasaan dia memaklumkan bahawa dia sebenarnya minat dengan aku blah blah blah… Namun memandangkan aku taknak lepaskan bf aku yang ensem ni dan pada masa yang sama tak mo kehilangan kawan baik aku ni, maka aku pun cipta lagu ‘Teman tapi mesra’ ni…

Dan masa tu jugak aku terjaga dari lamunan aku bila keta belakang hon aku suruh aku jalan…


posted by Jenderal Jendul at 8:53 AM

0 Comments:


Post a Comment

 
About Me
Name:
Jenderal Jendul
Location:
Shah Alam, Selangor Darul Maju, Malaysia

View My Profile

Previous Posts
PADAN MUKA PEROMPAK ITU
AHHH CUN NYA....
PERCAKAPAN DOUBLE MEANING
PATRIOTISME SEMPENA MENYAMBUT HARI MALAYSIA
CITARASA vs TASTE
KERAJAAN LANGIT
PEKAK vs MACHO

Archives
2005-09-11
2005-09-18
2005-09-25
2006-02-05
2006-02-12


Powered by Blogger
     
optional footer
blogger template designed by savatoons web design.